Home » » Pulau Pinang : Guru Wanita Di Simbah Air Panas

Pulau Pinang : Guru Wanita Di Simbah Air Panas

Written By Unknown on 04/06/2014 | 9:55 am

 Seorang guru wanita melecur di beberapa anggota badan selepas disiram air panas oleh abangnya sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi tadi, mangsa yang berusia 31 tahun berada di rumahnya sebelum didatangi abangnya itu yang kemudian meminta dia memberikan wang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, suspek yang juga seorang penagih dadah meminta RM50 kepada adiknya itu namun mangsa enggan memberikannya wang terbabit.

“Abangnya yang berang kemudian merampas telefon bimbit adiknya itu sebelum dia mencurahkan air panas ke badan mangsa.

“Suspek kemudian melarikan diri namun polis berjaya menahan lelaki berusia 35 terbabit di rumahnya di Sungai Tiram,” katanya.

Menurutnya, ujian air kencing mendapati suspek positif syabu dan dia kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan, lapor Hmetro.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger