Home » , » Portal "Free Malaysia Today" Di Tutup ?

Portal "Free Malaysia Today" Di Tutup ?

Written By Unknown on 02/06/2014 | 10:37 pm


Laman portal Free Malaysia Today (FMT) hari ini dilaporkan sudah kehilangan editor dan 15 orang wartawan ekoran masalah dalaman yang meruncing.

Menurut beberapa sumber, FMT diwujudkan kira-kira empat tahun lepas dan sebenarnya berkait rapat dengan laman portal yang diwujudkan oleh Raja Petra Kamaruddin iaitu Malaysia Today, menurut laporan uppercaise.wordpress.com.

“Difahamkan ia mendapat sumber kewangan dari seorang usahawan John Soh Chee Wen yang dahulunya merupakan rakan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula dengan agak goyah,” kata sumber berkenaan.

“Orang kanan Soh iaitu bekas wartawan New Straits Times (NST) Nelson Fernandez yang kini seorang usahawan membawa masih editor dari laman portal Malaysiakini K Kabilan sebagai editor FMT.

“Ia bergerak dengan satu pasukan dengan beberapa wartawan berpengalaman yang pernah bertugas di NST dan The Star,” kata sumber itu.

Kabilan dilaporkan telah meninggalkan FMT hujung minggu lalu, selepas membina laman portal berkenaan semenjak empat tahun lepas.

“Dia gagal dihubungi dan kurang jelas ke mana hala tujunya selepas ini,” katanya.

Tiga lagi Eksekutif Editor, Ketua Sub-Editor dan Editor Wilayah serta berita, juga dikatakan akan menyerahkan surat perletakan jawatan mereka tidak lama lagi.

Menurut sumber, kira-kira berbelas lagi wartawan akan mengikuti jejak langkah para editor meninggalkan FMT.

“Difahamkan mereka akan cuba mencari peluang bertugas di laman portal berita yang lain seperti The Malaysian Insider, FZ.com, The Rakyat Post atau Malay Mail,” katanya.

Tidak diketahui kenapa mereka meninggalkan laman portan itu tetapi ada khabar angin telah berlegar bahawa laman itu bakal berdepan masalah kewangan yang teruk.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger