Home » » Piala Dunia 2014 : "Luis Suarez Gigit Saya"

Piala Dunia 2014 : "Luis Suarez Gigit Saya"

Written By Unknown on 25/06/2014 | 8:12 am

NATAL: “Dia menggigit saya....ia jelas dan masih ada tanda itu,” kata pertahanan Itali, Giorgio Chiellini menegaskan penyerang Uruguay, Luis Suarez menggigitnya pada pertembungan terakhir Kumpulan D, awal pagi tadi.

“Pengadil sepatutnya meniup wisel dan memberinya kad merah. Dan juga kerana dia berlakon,” tambah pemain Juventus itu.  

Seminit selepas insiden itu berlaku, Uruguay memperoleh jaringan tunggal menerusi Diego Godin dan menyingkirkan Itali dalam kempen kali ini, mengulangi derita empat tahun lalu di Afrika Selatan selepas turut tersingkir di peringkat kumpulan. 

Nasib jelas tidak berpihak kepada juara dunia empat kali itu apabila terpaksa beraksi 10 pemain selepas Claudio Marchisio menerima kad merah pada minit ke-58 kerana mengasari pemain Uruguay, Eligio Alvarelo yang juga mengundang kontroversi.

Sementara itu, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan Chiellini itu namun perlu menunggu laporan rasmi perlawanan terbabit sebelum memutuskan akan mengambil tindakan atau tidak terhadap Suarez.

“Kami sedang menunggu laporan rasmi perlawanan dan akan mengumpul segala elemen yang diperlukan untuk menyelesaikan perkara ini,” kata jurucakap FIFA.

Jika didapati bersalah, Suarez boleh berdepan penggantungan selama 24 perlawanan atau dua tahun. - AFP

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger