Home » » Pesawat Mas Mendarat Cemas, Penutup Enjin Tercabut

Pesawat Mas Mendarat Cemas, Penutup Enjin Tercabut

Written By Unknown on 19/06/2014 | 6:36 pm

Sebuah pesawat MASWings ATR72-500 penerbangan MH3041 dari Kota Kinabalu ke Labuan yang berlepas pada 7.30 pagi hari ini, selamat mendarat di Lapangan Terbang Labuan pada pukul lapan pagi setelah mengalami masalah teknikal.

"Pesawat itu membawa 55 penumpang dan empat anak kapal. Apabila mendarat menghala ke Lapangan Terbang Labuan, satu daripada enjin pesawat mengalami masalah teknikal.

"Sebagai mematuhi prosedur operasi standard, kapten operasi dengan serta-merta memaklumkan ATC Labuan dan perkhidmatan sokongan lapangan terbang telah diaktifkan sepenuhnya," menurut MASWings dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Semua prosedur perlu telah dilaksanakan dan didapati enjin nombor dua kapal terbang di dalam papan penutup bahagian enjin telah terpisah dan ditemui di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Menurut kenyataan itu, tiada kejadian tidak diingini dilaporkan.

"Bagaimanapun, memandangkan keselamatan merupakan aspek terpenting syarikat, pesawat itu kini dilarang terbang bagi membolehkan pemeriksaan dan penyelenggaraan kejuruteraan sebelum kembali berkhidmat," katanya. - Bernama

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger