Home » » Penang : Lagi Mayat Siap Kapan Di Campak Tepi Jalan

Penang : Lagi Mayat Siap Kapan Di Campak Tepi Jalan

Written By Unknown on 11/06/2014 | 11:41 pm

Mayat seorang lelaki dibungkus dalam cadardipercayai warga asing ditemui di dalam longkang di tepi kawasan tapak pembinaan di Penang Science Park, Juru, Bukit Mertajam di sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Supt Baharom Abu berkata mayat dibungkus cadar bercorak kotak-kotak warna biru muda ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan itu pada 11.44 pagi itu.

"Ketika ditemui mayat itu dibungkus dengan cadar. Bahagian kepala dan kaki diikat. Keadaannya seperti sudah dikafankan", katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Katanya berdasarkan keadaan mayat itu, polis tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan mati di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.

"Mayat itu masih dalam keadaan sempurna dan tidak berpakaian. Kita percaya mungkin lelaki yang dipercayai berusia lingkungan 30-an itu mati lebih 24 jam kerana telah berbau busuk," katanya.

Baharom berkata lelaki itu dipercayai pendatang tanpa izin kerana tiada sebarang dokumen perjalanan diri ditemui bersama mayat berkenaan.

Katanya mayat itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

"Siasatan awal polis tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada badan mayat itu dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan" katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan mayat itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan, lapor mStar.<br />

Sumber : ohdunia.my

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger