Pakatan Rakyat (PR) akan hanya kekal untuk satu Pilihan Raya Umum (PRU) sahaja andainya gagal untuk terus mendapatkan kepercayaan rakyat Malaysia selain memberi keutamaan kepada kerangka kerjasama dan konsensus kerjasama sedia ada.
Pandangan diutarakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam ucapannya semasa menghadiri majlis makan malam DAP Melaka bagi memberi penghormatan kepada mendiang Karpal Singh serta memperingati ulang tahun ke-30 ‘Kempen Selamatkan Bukit China’ pada Jumaat.
Kata Lim, selepas setahun berlalu sejak PRU13 pada Mei tahun lepas, penyokong PR mula mempersoalkan mampukah PR dapat terus berdiri kukuh untuk menghadapi PRU seterusnya.
“Rakyat Malaysia menantikan PRU seterusnya dengan penuh harapan dan mengharapkan akan ada perubahan pada kerajaan persekutuan tetapi dapatkah PR bertahan sehingga PRU14?” tanya Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Kata Lim, pada penghujung 2011, PR berdepan dengan krisis mengenai hudud dimana ia telah menimbulkan perdebatan di antara barisan kepimpinan DAP, PAS serta PKR tetapi mereka berjaya mencari penyelesaian iaitu dengan memberi keutamaan kepada kerangka kerjasama dan konsensus PR.
Persetujuan oleh Majlis Kepimpinan PR menegaskan bahawa hudud bukanlah agenda Pakatan Rakyat dan sebarang perubahan dasar dalam PR perlu mendapat persetujuan ketiga-tiga parti.
“Seperti saya katakan sebelum ini, jika hudud menjadi isu kontroversi pada PRU13 lalu, Barisan Nasional bukan sahaja akan mendapat dua per tiga majoriti di Parlimen, malah Pakatan Rakyat mungkin kehilangan Selangor selain Kedah dan Johor akan kembali menjadi negeri ‘simpanan tetap’ Barisan Nasional,” tambahnya.
Katanya lagi, pengundi tidak mahu Pakatan Rakyat menerima nasib seperti Barisan Alternatif sebelum ini yang hanya kekal untuk satu pilihan raya sahaja.
Dalam PRU13 tahun lalu, Pakatan Rakyat memenangi 89 kerusi Parlimen dan 229 kerusi DUN dimana ia menyaksikan Barisan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
* dalam bahasa mudah itulah maknanya..Bungkus Awal hahaha sori lah Lim..aakj tak pandai buat ayat ! tuuuiHHH !!
Astro ; ..Mampukah Pakatan Rakyat bertahan sehingga PRU14? - Lim Kit Siang
astroawani
Astro ; ..Mampukah Pakatan Rakyat bertahan sehingga PRU14? - Lim Kit Siang
astroawani
Post a Comment