Aakj agak kecewa bila bekas Menteri yang satu ketika dulu juga warga media.
Entah kenapa sempitnya otak beliau melihat program yang dianjurkan..Apakah ini sudut pandangan beliau yang selama ini begitu kritis dalam memperjuangkan dasar Kerajaan BN.
Kenapa harga songket yang di besarkan dan cuba dijadikan isu..tak bolehkah beliau lihat dari sudut yanv lebih terbuka?
Tak terpikir ke yang semua pemimpin Melayu Umno yang hadir menyewa pakaian tersebut?
Kenapa nak dibandingkan dengan Singapura dan perbandingan itu kewajarannya perbezaan zaman..tahun bila ?
Objektif utama program tersebut pun Bekas Menteri ni gagal untuk hayati..Salahkah kita bangsa Melayu tunjukkan pada dunia bahawa Pahlawan Melayu masih ada hingga kesaat ini?
Aakj malas nak teruskan dengan perspektif yang lain..cukuplah dengan sangkal ini..dia lupa..penyewa baju ini juga dapat limpahan rezeki..nak letak poin lain takut Bekas Menteri ni nampak makin boddo..
Baca dan nilai tahap pemikiran beliau ;
Bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin meluahkan rasa terkejut dan menyatakan kekecewaannya terhadap pujian pengarang kanan Utusan Malaysia yang memuji cara pakaian pemimpin Umno dalam sebuah majlis kelmarin.
Cara berpakaian seperti persalinan kepahlawanan Melayu yang dipuji Zaini Hassan itu, menurut Zainuddin, menimbulkan persepsi Umno semakin jauh daripada rakyat biasa yang hidup ringkas.
Ini, tambahnya, apabila harga songket pembesar negara termasuk pemimpin Umno berharga mahal antara RM5,000 hingga RM30,000.
“Dengan berpakaian 'raja bangsawan' ini , Umno memberikan persepsi kepada rakyat bahawa mereka terus tidak memahami perasaan di akar umbi sekarang, Umno semakin jauh dari rakyat, tidak melambangkan Umno sebagai parti rakyat.
“Pemimpin pemimpin bercakap tentang amalan kehidupan yang sederhana tetapi tidak sahaja ahli-ahlinya yang tidak faham tetapi pemimpin-pemimpin juga adalah ibarat burung nuri,” sindir Zainuddin.
Menulis di blognya hari ini, Zainuddin juga membandingkannya dengan keadaan semasa kerajaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura ditubuhkan.
Pada masa itu, tambah bekas ketua pengarang kumpulan Utusan itu, pemimpin PAP, termasuk perdana menteri, hanya berpakaian biasa dengan seluar dan baju putih ke parlimen.
Katanya, ini dilakukan walaupun mereka dari golongan elit, kalangan profesional dan berkelayakan tinggi ~ Malaysiakini
Doktor tersilap potong kaki pesakit
-
Oleh – Syeikh Baran Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati
pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya sejurus tersedar daripada
pembedahan, ...
1 hour ago
Post a Comment