Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan akan berundur daripada Kabinet dalam masa terdekat.
Muhyiddin mengulas dakwaan yang tersebar di laman sosial menyatakan beliau akan melepaskan jawatan dalam kerajaan kerana mahu memberi tumpuan kepada UMNO.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Persidangan Antarabangsa Majlis Sains Asia Ke-14 (SCA 14) anjuran Akademi Sains Malaysia di sini hari ini.
Portal pakatan pembangkang semalam melaporkan kononnya, Muhyiddin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dalam masa terdekat.
Laporan yang dikatakan memetik sumber itu turut mengatakan Muhyiddin dikatakan bakal digantikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib dikatakan mahu berbuat demikian dengan alasan supaya Muhyiddin menumpukan perhatian kepada pengukuhan Umno.
Akhbar The Malay Mail minggu lalu melaporkan Najib akan melakukan rombakan kabinet besar-besaran dan dijangka akan berlaku seawal Jumaat ini.
Beliau antara lain dilapor mempertimbangkan perubahan itu yang mungkin melibatkan tiga naib presiden Umno– Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.
SuaraTv
Post a Comment