Benarkah musuh Islam merupakan perancang utama dalam projek Langgar Hadi? Ini merupakan satu gerakan menjatuhkan kepimpinan ulama dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Menurut khabar angin yang bertiup kencang dalam media maya, ramai musuh Islam dari luar dan dalam yang sedang merangka ‘grand design’ ini. Mereka terdiri daripada yang bertaraf Yang Berhormat, editor dan wartawan dan lain-lain lagi bersekongkol sejak sekian lama.
Selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) gerakan projek langgar Hadi ini telah dapat dikesan. Kini ianya didakwa muncul semula. Mereka telah menggunakan portal berita propembangkang sebagai medium memfitnah dan memburukkan Hadi Awang. Beberapa orang ahli Parlimen Pas Selangor turut mengeluarkan kenyataan biadab Hadi Awang yang merupakan Presiden Pas.
Post a Comment