Home » » KL Terkini : Foto Penarik Kereta Hampir Maut Di Tetak Di Kepala

KL Terkini : Foto Penarik Kereta Hampir Maut Di Tetak Di Kepala

Written By Unknown on 09/06/2014 | 9:17 am



Kuala Lumpur – Cubaan seorang penarik kereta mengambil sebuah kereta Proton Persona selepas mendapat arahan mahkamah kerana bayaran tertunggak tiga bulan mengundang padah apabila diserang dan ditetak seorang lelaki, dipercayai kenalan pemilik kereta terbabit.


Mangsa dikenali sebagai Wong, 37, cedera di kepala, dada dan tangan selepas diserang suspek yang mengamuk sebelum berjaya diselamatkan polis.


Dalam kejadian jam 4.30 petang kelmarin, mangsa membawa lori tunda untuk menarik kereta terbabit di kawasan flat Jalan San Peng, di sini.


Menurutnya, selepas membawa kereta itu sehingga ke kawasan Kenanga Wholesale City (KWC), di sini, tiba-tiba tiga lelaki menaiki motosikal menahan dan menyuruhnya berhenti.


“Seorang daripada mereka kemudian terus mengambil kunci lori saya dan merampas telefon bimbit, lapor Hmetro.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger