Home » , » Kedah ; Misteri 2 Beranak Lalok Dalam Kereta Terjawab

Kedah ; Misteri 2 Beranak Lalok Dalam Kereta Terjawab

Written By Unknown on 06/06/2014 | 11:19 am


ALOR SETAR – Misteri dua beranak yang tidak sedarkan diri ekoran berada di dalam kereta terlalu lama berhampiran kedai makan di Simpang Kuala, dekat sini terjawab apabila orang ramai membuat laporan polis.

Difahamkan, kereta yang dinaiki seorang pemandu berusia 45 tahun bersama seorang cucunya berusia tiga tahun itu diparkir di hadapan sebuah kedai makan sejak tengah hari semalam.

Orang awam yang berada di tempat kejadian berasa curiga dan pelik apabila dua beranak itu berada dalam kereta yang tidak dimatikan enjin terlalu lama sehingga timbul prasangka berlaku kejadian penculikan.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 7.15 malam dengan bantuan anggota pondok komuniti, orang awam dan dua beranak yang berada dalam kenderaan tersebut dapat dikeluarkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan turut mengesahkan kejadian itu dan datuk kepada cucu budak lelaki itu positif dadah methamphetamine,” katanya. – Sinar Harian Online
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger