ALOR SETAR: Seorang peniaga kuetiau goreng bertindak menetak dan mencederakan isteri dan pembantu gerainya dengan sebilah parang selepas menjumpai mereka berdua-duaan tanpa pakaian di dalam rumah sewanya.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi Rabu di sebuah rumah yang disewa suspek di Kampung Langgar dekat sini.
Suspek dan keluarganya berpindah ke rumah tersebut kira-kira seminggu yang lalu.
Suspek melanjutkan tempoh perniagaannya sehingga 3 pagi atau 4 pagi sejak bermulanya kejohanan Piala Dunia.
Namun, dia dipercayai balik ke rumah lebih awal untuk menonton perlawanan diantara Brazil dan Mexico yang bermula pada pukul 3 pagi.
Suspek berusia 28 tahun itu menyerah diri di balai polis berdekatan selepas menetak kedua-dua mangsa.
Isteri suspek berusia 32 tahun mengalami kecederaan parah di paha kiri manakala tangan kiri pembantu gerai berusia 19 tahun itu hampir putus.
Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 Jun ini untuk membantu siasatan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
mstar
Post a Comment