Alhamdulillah, jika lihat pada gambar di atas nampak jauh perbezaan adik Firdaus ni ketika mula2 dijumpai..
Remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15 yang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, sejak Sabtu lalu akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk ditempatkan di Rumah Sinar Harapan Jumaat ini atau Isnin depan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Zailan Adnan berkata, ia berikutan remaja itu sudah beransur sihat dan mengalami peningkatan berat badan 17.3 kilogram berbanding 15 kilogram ketika dimasukkan.
Katanya, pihaknya menerusi HTJS juga memberikan disiplin perubatan kepada remaja itu iaitu pemeriksaan mata, telinga dan kulit selain makanan berprotein tinggi, karbohidrat dan kalsium untuk kesihatan Muhammad Firdaus.
"Alhamdulillah, selama 10 hari dirawat sehingga kini, adik Muhammad Firdaus sudah begitu sihat dan akan diserahkan kepada JKM pada Jumaat ini atau Isnin depan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengiringi isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Datin Rosmah Mansor yang melawat remaja itu di HTJS, hari ini sebelum menghulurkan sumbangan RM1,000.
Sumber
Post a Comment