Sumber mengatakan bahawa wakil rakyat Miri, Sarawak memiliki klinik yang menjalankan aktiviti gugur anak. Dr Teo yang mewakili parti PKR kononnya telah berkhidmat dengan 'cemerlang' di Parlimen Miri, juga menjalankan aktiviti jual beli anak di kliniknya.
Hanya dengan RM10ribu, aktiviti yang turut menyediakan pakej dokumentasi lengkap, tidak diambil perhatian pihak berkuasa.
Sebelum PRU13 lepas, ketua cabang PKR Miri ini juga berjanji untuk menyelesaikan masalah 4000 penduduk setinggan di Miri, tetapi langsung tiada usahanya sehingga sekarang.
Kami tahu bahawa rakyat Miri terkenal dengan keselesaan tinggal di bandaraya minyak, namun jelas dan terbukti keselesaan itu bukanlah disediakan oleh PKR atau pakatan rakyat. Keselesaan penduduk Miri hanya disediakan oleh kerajaan BN dan ianya seperti biasa diambil kesempatan oleh pakatan rakyat.
Sampai bilakah rakyat Miri nak biarkan aktiviti buang anak ni berleluasa? Adakah benar rakyat Miri cuma pentingkan diri hidup senang dengan membiarkan wakil rakyat menyembunyikan janji kosongnya untuk membela 4000 penduduk setinggan?
Post a Comment