KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin Dewan Ulama PAS, Ustaz Lotfi Ariffin telah dikenal pasti sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat menyertai pergerakan jihad di Syria, lapor The Star hari ini.
Menurut akhbar itu, hasil siasatannya mendapati Lotfi secara terbuka telah memuatnaik gambar-gambarnya serta klip video ke media sosial.
Selain itu, bekas pemain drum sebuah kumpulan pop 90-an, iaitu Ali Ukays turut dilihat bergambar bersama Lotfi di Syria.
Menurut The Star, bekas artis itu turut disebut di dalam blog-blog serta laman web pro-militan dan dikatakan telah dipengaruhi oleh Lotfi untuk memasuki Syria.
Post a Comment