02/06/2014

Dakwa Di Fitnah, Ibu Dyana Sofya Buat Laporan Polis

Pada 2 Jun 2014 @ jam 1350 - 1402hrs, bertempat di Balai Polis Kg. Tawas, Ipoh satu laporan polis telah dibuat oleh 1(P) Melayu yg mendakwa dirinya telah difitnah di laman sesawang ( Facebook).

Butir-butir pengadu:-
Nama: Yam @ Yammy bt Abd Samat
KP : 540925-08-6238
Alamat: No.57 Persiaran Tawas Permai 20, kg. Tersusun Tawas Tambahan, Ipoh.
Pekerjaan: Surirumah
Jawatan: Ahli Wanita UMNO Ipoh Barat/ Ibu kepada Calon DAP Teluk Intan

Tujuan Laporan polis:-

Laporan polis dibuat kerana mendakwa dirinya telah difitnah dalam laman sesawang oleh penama Dato' Ir Nawawi Ahmad- AP Langkawi & Aizley Shahar yg telah menuduhnya :-

a) Telah mendpt 1500 ekar kompartment balak hutan simpan di Keroh, Pengkalan Hulu
b) Dapat rumah kedai 1 unit (3 tingkat) di Pusing, Bt. Gajah
c) Dapat semi-d di Gopeng
d) Dapat pinjaman MARA RM75,0000.00
e) Dapat AP Beras Siam
f) Dapat pajakan 100 ekar tanah di lombong besi di Kinta
g) Kos pelajaran 3 org anak dri 7 tahun hingga ke IPTA di tnggung oleh Yayasan MB Perak

Di samping itu beliau dituduh berhubung anak-anaknya :-

a) Tidak pernah membayar yuran pelajaran
b) Dapat biasiswa kecil Kerajaan Negeri Perak (Tingkatan 1-5)
c) Dapat tajaan biasiswa khas tajaan Negeri Perak bgi pelajar IPTA setahun RM24,000.00
d) Dapat bantuan Khas pelajar cemerlang anak-anak Negeri Perak setahun sebanyak RM12,000.00

Tujuan Laporan Polis :-

Meminta pihak polis menyiasat pekara tersebut dan untuk dibawa ke mahkamah.

No comments:

Post a Comment