Isu kenaikan kadar baharu cukai pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah disensasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kenaikan cukai akan dihadkan kepada hanya 10 peratus bagi unit kediaman dan 25 peratus bagi premis komersial.
Warga kota perlu juga tahu bahawa penilaian semula cukai taksiran baru 2014 telah memberi manfaat kepada 16,461 pemilik rumah kediaman kos rendah dan sederhana rendah di bandar raya ini apabila tidak terbabit dalam kenaikan cukai. Malahah kadar cukai telah dikurangkan dari 6% kepada 2%. Ini bagi mengurangkan beban warga kota yang berpendapatan rendah.
Post a Comment