Hari ini, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman telah didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 atas tuduhan menghasut. Di masa yang sama kita difahamkan bahawa tuduhan ke atas ADUN Delima RSN Rayer di bawah akta yang sama kerana mencerca UMNO dengan panggilan ‘Celaka’, telah ditangguhkan.
Apa yang berlaku seolah-olah mengiakan persepsi ramai bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan perjalanan undang-undang negara terutama yang melibatkan Akta Hasutan. Nampaknya rakyat negara ini BOLEH menyentuh sensitiviti orang lain dengan memaki hamun, mencerca serta menghina tetapi TIDAK BOLEH melakukannya dengan menggunakan kata-kata yang baik atau memetik fakta sejarah.
Kita telah melihat bagaimana ikon biadap 1Malaysia si Namewee bukan sahaja tidak dikenakan tindakan tetapi diberi pula ganjaran dan bantuan untuk terus berkarya. Namewee kemudiannya telah mengulangi perbuatannya menghina Melayu, Islam, Sultan dan kerajaan berkali-kali lagi selepas itu dan masih lagi tiada tindakan diambil.
Akibatnya, Namewee telah menjadi contoh kepada remaja lain seperti Alvivi, Katy Lim Li Lian, Chow Jack, Esther Yearn dan beberapa ramai lagi termasuk yang terbaru, Stevie Chan turut berbuat yang sama iaitu menghina Islam, Melayu, Sultan atau apa-apa sahaja yang berkaitan Melayu-Islam di laman sosial. Namun, undang-udang masih lagi mempertikaikan atau menafikan sahaja kesalahan mereka-mereka ini.
Dengan tidak semena-mena Ustaz Abdullah Zaik pula yang kena.
Rakyat biasa rata-ratanya tertanya-tanya, di mana salahnya Presiden ISMA ini dalam menyatakan bahawa bangsa Cina adalah penceroboh kerana tiba sebagai pendatang tetapi akhirnya diberi kewarganegaraan. Bukankah itu fakta yang dijelaskan mengikut pendapatnya?
Apakah perkataan ‘penceroboh’ itu lebih kesat dari ‘celaka’?
Lupakan hal politik dan emosi untuk sementara waktu dan fikirkan apakah nilai atau pengajaran yang ingin diterapkan kepada anak bangsa kita berdasarkan pendakwaan ini?
Apakah kita ingin membentuk generasi baru yang tidak boleh membincangkan sejarah, menyatakan pendapat, mengulas atau berdebat mengenai fakta, tetapi menyatakan pada mereka bahawa tidak apa jika mereka ingin menghina dan menghamun orang sesuka hati?
Maka tidak hairanlah apabila Malaysia hari ini dipenuhi dengan rakyat yang tidak punya intelektualiti, biadap serta tidak tahu menghormati satu sama lain. Jika keadaan ini berterusan maka ia pasti akan berkembang sehingga menjadi identiti khas rakyat Malaysia suatu hari nanti.
Hakikat bahawa kaum Cina adalah berasal dari pendatang perlu diterima oleh semua pihak tanpa prejudis. Ia adalah fakta sejarah dan sejarah perlu difahami dengan sebaiknya jika kita ingin maju ke hadapan. Pemahaman sejarah mengenai buruk baik bangsa dan tanah air sendiri merupakan pengajaran yang tidak ternilai bagi membentuk peribadi dan intelektualiti masyarakat. Undang-undang tidak seharusnya menyekat sejarah dari diperbincangkan.
Mengaku atau tidak, kebiadapan Namewee dan remaja-remaja yang disebut di atas adalah berpunca dari ketiadaan intelektualiti akibat tidak pernah menerima, memahami atau menghayati sejarah di kalangan kaum Cina negara ini.
Sekiranya kaum Cina lebih matang dan punya intelektualiti, mereka akan menangani kenyataan Presiden ISMA secara ilmiah bukan marah. Mungkin boleh diadakan dialog dan perdebatan terbuka bagi membolehkan kedua-dua pihak membentangkan pendapat berdasarkan fakta. Tujuannya haruslah untuk kebaikan iaitu mencari titik persefahaman dan hormat sesama sendiri tanpa menolak mana-mana fakta sejarah.
Malangnya, kaum Cina produk sekolah jenis kebangsaan Cina tidak dididik untuk berfikir dengan rasional. Mereka telah ditanam sikap kiasu merasakan diri sentiasa betul, sentiasa ingin bersaing dan tidak mahu kalah.
Mungkin kerajaan harus masuk campur dalam pendidikan sekolah Cina bagi membentuk peribadi yang lebih baik di kalangan anak-anak mereka. Sudah sampai masanya mereka difahamkan bahawa bukan semua perkara di dunia ini adalah berkaitan kalah menang.
Sejarah tidak boleh diubah biarpun siapa kalah dan siapa menang. Ia hanya boleh dijadikan pengajaran untuk generasi masa depan. Namun, sebelum ia boleh dijadikan pengajaran, ia perlu terlebih dahulu diterima dan tidak diubah sedikit pun atas alasan ingin menjaga sensitiviti sesiapa. Lagipun, tidak ada sebab untuk kita menjadi sensitif atas apa yang dilakukan oleh nenek moyang terdahulu. Orang yang sensitif dan defensif selalunya adalah orang yang bersalah.
Justeru, berdasarkan apa yang berlaku, kita mula tertanya-tanya apakah kaum Cina telah berbuat kesalahan sehingga begitu takut untuk menyentuh fakta sejarah?
Post a Comment