Home » » Adidas Jadikan Suarez Bahan Lawak

Adidas Jadikan Suarez Bahan Lawak

Written By Unknown on 29/06/2014 | 9:08 am

Tiada siapa sangka satu papan iklan yang diletakkan di Pantai Copacabana, Rio de Janeiro, Brazil akan mendapat perhatian luar biasa seperti hari ini.

Iklan Adidas yang memaparkan pemain bola sepak Uruguay, Luis Suarez membuka mulut berteriak “all or nothing” tiba-tiba menjadi tarikan terbaru buat pengunjung di pantai tersebut sebagai lokasi selfie.

Ia kerana gambar pada papan iklan itu amat sesuai jika seseorang mahu mengabadikan gambar seolah-olah menjadi mangsa gigitan Suarez.

Selain sebagai gambar kenangan suka-suka, ramai pengunjung memuatnaik gambar mereka ‘digigit’ Suarez itu di laman sosial seperti Instagram untuk berlawak.

Semua ini gara-gara kontroversi yang dicipta Suarez pada perlawanan pusingan pertama Piala Dunia 2014 Khamis lalu apabila dia bertindak menggigit bahu pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini.

Akibatnya Suarez didenda tidak boleh menjalani aktiviti berkaitan bola sepak selama empat bulan dan digantung daripada bermain sembilan perlawanan sekaligus mengakhiri persembahannya di Piala Dunia Brazil tahun ini. -MNH

Isusemasa

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger