Home » , » Video ; Rakyat Malaysia Memburu Syahid Di Bumi Syria

Video ; Rakyat Malaysia Memburu Syahid Di Bumi Syria

Written By Unknown on 10/05/2014 | 9:38 pm





Oleh : Zul Rawi

Kuala Lumpur – Mohd Lotfi Ariffin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Lotfi menyifatkan, mereka yang menuduhnya sebagainya militian tidak tahu membezakan antara siang dengan malam.

Beliau yang sebelum ini mengambil keputusan untuk menyaksikan sendiri pergolakan yang berlaku sehingga kini masih berdiri teguh sebagai benteng di negara yang bergolak itu.

“Bagi saya, mereka yang buat tuduhan itu tidak tahu bezakan siang atau malam, kemarau dikatanya hujan, pagi dikatanya petang. Saya serah kepada saudara untuk menentukan.

“Saya mahu berjihad ke jalan ALLAH SWT” katanya ketika ditemubual oleh wartawan Sinar Harian.

Beliau turut menjelaskan mengenai kepelbagaian jihad di dalam Islam antaranya, membantu menyediakan ratusan ribu khemah untuk pelarian Syria yang berada di penempatan selamat di sempadan Turki, Jordan dan lain lain; mengagihkan pakaian musim sejuk, selimut, bantal, tilam untuk mereka; juga sediakan peralatan memasak di perkhemahan pelarian dan agih bantuan makanan dan minuman, termasuk barangan asas seperti tepung, minyak, gula dan sebagainya.

Menurut ustaz Lotfi lagi ada juga pihak yang ditugaskan untuk mengagihkan ubat-ubatan bagi bantu para doktor dan pembantu perubatan dengan menyediakan hospital untuk ribuan rakyat Syria yang parah akibat bom tentera Assad.

“Kesemuanya adalah Jihad Fisabilillah membantu mereka yang ditindas. Persoalannya, adakah orang yang datang untuk menghalang tentera Assad dari terus meratah, menyeksa dan membunuh kalangan warga tua, wanita dan kanak kanak dikatakan militan dan pemberontak” soalnya pula.

Konflik di Syria bukan sahaja mendapat perhatian dunia, malah rakyat negara ini yang prihatin terhadap penindasan umat Islam. Namun pelbagai pandangan dilemparkan apabila rakyat negara ini memilih untuk berjuang bersama penduduk tempatan memerangi kezaliman.

Ada yang melabel mereka sebagai orang berjihad, dan syuhada, sementara setengah pihak menganggap mereka pemberontak serta terpengaruh dengan perjuangan militan.

Ustaz Lotfi turut mengatakan terdapat hampir puluhan lagi rakyat Malaysia di bumi Syria yang berjihad menentang kerajaan tentera rejim Bashar al-Assad.

Sumber keselamatan sebelum ini mendedahkan, segelintir rakyat Malaysia dikesan pergi ke Syria kerana terpengaruh de­ngan dakyah pihak tertentu kononnya mereka boleh mati syahid di negara berkenaan.

Menurut sumber tersebut, siasatan turut mendapati rakyat negara ini yang ke Syria dilatih secara ala tentera termasuk dipercayai menggunakan senjata api sebelum berlepas ke negara berkenaan.

Kata beliau, kumpulan berkenaan kemudian dipercayai akan menaiki penerbangan sama ada ke Turki, Jordan dan Lebanon sebelum ke Syria kerana Malaysia tidak mempunyai penerbangan terus ke negara tersebut.

“Di Syria, kumpulan ini akan berhubung dengan puak penentang kerajaan sebelum menyertai mana-mana pertempuran yang sehingga kini meragut puluhan ribu nyawa dan jutaan menjadi pelarian,” katanya.

Sumber itu seterusnya berkata, pihak berkuasa kini sedang memburu saki-baki ahli kumpulan terbabit yang merancang untuk ‘berjihad’ di Syria bagi menyekat kegiatan mereka.

Pada 27 April lalu, polis menahan sembilan individu dipercayai ahli sebuah kumpulan militan dalam beberapa serbuan di Selangor dan Kedah.




Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger