Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghasilkan video berbentuk hasutan sempena Tahun Baru Cina 2014.
Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Akta Hasutan.
Pada 27 Januari lalu, Teresa yang merupakan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan muncul di dalam sebuah video klip bertajuk “Onederful Malaysia CNY 2014 Video” di laman YouTube.
Video sepanjang 11.39 minit itu menampilkan Teresa sebagai seorang moderator program yang menemubual tiga panelis berkenaan pendapat mereka tentang Feng Shui di Malaysia.
Ketiga-tiga ahli panel itu kemudiannya menjadikan pemimpin Malaysia, beberapa kejadian dalam negara dan juga insiden pencerobohan di Lahad Datu sebagai bahan gurauan. – MYNEWSHUB
Post a Comment