Home » , , » Tindakan Berani Najib Buat Keputusan Part II : Bukan Mat Said Pilihan UMNO Pusat Untuk Jawatan Menteri Besar !!

Tindakan Berani Najib Buat Keputusan Part II : Bukan Mat Said Pilihan UMNO Pusat Untuk Jawatan Menteri Besar !!

Written By Unknown on 14/05/2014 | 8:00 am


Bahagian Pertama klik d SINI

Seolah olah dunia nak kiamat dalam masa dua hari yang lepas..dah macam drama bersiri, kelam kabut..jemmm..mana tak havocnya..petang Sabtu, YB Razif angkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru, lewat malam sikit Mat Said buat onar, bukan setakat dia serahkan surat perletakan jawatan Menteri Besar Terengganu..dia buat keputusan mengikut akal dia..KELUAR UMNO dan menjadi Adun Bebas !!

Bermula saat itulah keadaan Terengganu Allah saja yang tahu..

-Yang ikhlas berjuang terasa hiba
-Yang bermati-matian ingin lihat UMNO BN terus relevan mula terasa ditipu
-Yang menangguk di kolam babi mula mainkan peranan
-Yang memang buat bodoh..cuba jadi cerdik, kononnya dialah jaguh politik di Terengganu
-Yang Anti PM, mula susun strategi nak kenakan Najib, yang berani, terus hentam PM Najib, yang jenis lontar najis tangan berbau hapak mula menyerang Pegawai Pejabat Perdana Menteri dan juga ambil kesempatan kenakan Menteri dan Pegawai UMNO yang lain termasuk Setiausaha Agung UMNO dan Setiausaha Kerja umno..

Saat inilah kita boleh lihat siapa letak kepentingan diri dan siapa yang letak kepentingan Parti..

Paling memalukan, ada juga Adun yang nak TEST MARKET..kononnya simpati dengan Mat Said, buat keputusan terjun parit bersama..tapi tak hairan, yang Adun Ajil tu sebab isteri beliau dan isteri Mat Said khabarnya sepupu dan beliau jadi calon pun kerana ada unsur "cah keting"...YB Rasol yang dihormati di Ajil jadi mangsa..wahhH penggal kedua Mat Said mula tunjuk COLOR !!

Bukan setakat tu je..ada juga Adun lain, Adun Bukit Besi yang latah bodoh turut ambil keputusan keluar UMNO dan kononnya nak jadi Adun Bebas..tapi hati tak cukup kering..buat U-Turn..baca d SINI..penggal depan Adun ni kena penggallah ! jenis tak setia..UMNO tak pelihara..

Tak habis kat situ..ada juga Adun-Adun lain yang nak tunjuk depa juga macam Mat Said, kononnya GEDEBE..akhirnya sepi..Aakj masa tu tak rasa cemas pun..kalau Allah buat keputusan Dun Bubar maka kita sebagai Ahli Parti kena bersedia bila-bila masa untuk bertempur kembali...

Malah kalau Allah swt kekalkan keadaan Kerajaan BN..Aakj hanya mampu bersyukur..namun bukan isu ni Aakj nak ketengahkan..Isunya PM Najib begitu TENANG..ada kita dengar PM Najib gelabah buat Sidang Akhbar? 

Malah TPM sendiri hanya buat kenyataan ringkas..SABAR dan minta BERTENANG..

Kenapa????

1. PM Najib berpegang pada janji, Mat Said tidak diberi tekanan untuk letak jawatan, ini adalah persetujuan beliau sebaik habis PRU13, cuma PM Najib consider permintaan Mat Said minta setahun kononnya nak selesaikan beberapa perkara...perkara APA?

2. PM Najib bukannya Tuhan dapat baca apa yang ada dalam hati Mat Said..malah Aakj dengar, PM Najib sudah dapat jangka paling teruk senario..Mat Said letak jawatan atau bubar Dun beliau sendiri untuk beri laluan Pilihanraya Kecil..bukannya keluar parti dan jadi Adun Bebas..

2. PM Najib cuba hapuskan budaya MENGUGUT dalam parti UMNO..walau mahal cagarannya namun demi UMNO kekal relevan maka KETEGASAN WAJIB di laksanakan..khabarnya depan-depan PM dan TPM Mat Said UGUT nak lompat parti...Allah nak tunjukkan kepada PM dan TPM..siapa Mat Said sebenarnya..maka terbuktilah keputusan UMNO Pusat terdahulu BETUL.. bahawa BUKAN Mat Said yang UMNO 'endorse' sebagai Menteri Besar..Idris Jusoh yang sepatutnya kekal ketika itu..namun kerana khabarnya itu kehendak Istana..UMNO akur dan Idris Jusoh terima keputusan itu walau hatinya tercalar...Apakah Idris Jusoh keluar UMNO?

-Aakj bukannya nak salahkan Istana..Sultan sendiri pun bukannya Tuhan, akhirnya Sultan kecewa kerana Mat Said bukan seperti yang diharapkan..lebih sudu dari kuah ! Ampun Tuanku..

Sehingga saat Aakj menulis ini..keadaan Terengganu kembali Aman walaupun BN hilang 2 kerusi lagi di Dun..

Yang jelas Aakj lihat..untuk Terengganu hadapi PRU14 nanti..sudah tidak ada Kem Hipokrit..hanya ada satu kem saja..KEM BN..maka BN Terengganu boleh fokus untuk dapatkan 2/3 kerusi Dun kembali seperti sebelum ini..

Hikmah yang Allah nak tunjukkan tetap ada..namun itu yang mampu Aakj nampak..PEMUTIHAN UMNO BN di TERENGGANU...dan Insya Allah di negeri negeri lain kerana PRU14 di jangka lebih sengit lagi..kita dah kenal pasti musuh kita lebih awal...

Kepada Mat Said..selamat jalan dan rasa tak patut kalau nak kenangkan jasa Mat Said..Apa jasa beliau? 

Itukan kerja yang d amanahkan..dibayar gaji dan segalanya boleh claim waima nak pi jenguk rakyat..so Apa yang nak kata JASA..sepatut beliau bersyukur kerana UMNOlah beliau mampu hidup sejauh ini..Apa yang UMNO BN tak bagi kat Mat Said?? Anda jawab sendiri...Wallahualam..

Aakj tahu ada yang tak puashati bila Aakj tulis begitu..maaf itu apa yang Aakj nampak..kalau anda nampak kot sisi lain..silakan..malah kepada Pemimpin UMNO BN yang lain pun Aakj nampak benda yang sama..jangan bicara soal berkhidmat untuk parti kalau Parti yang beri lebih pada kita...tanya diri..Apa yang kita buat untuk Parti..!!

kalau ini contoh jawapannya ; "..saya berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara..." itu bukan apa yang kita bagi pada Parti..heheheh itu slogan penaik semangat..kena tafsir betul betul apa yang di ucap...

Kepada yang masih dok reka cerita nak salahkan Pegawai-Pegawai PM..hentikanlah...muhasabah diri...anda cuba buat strategi Syiah..Benci Nabi saw, nauzubillah..tapi tak tuju direct..tuju kat Sahabat-Sahabat Nabi saw yang lain..

Samalah..nak kenakan PM Najib..tapi dok tuju kat tempat lain..jangan tuduh sembarangan kalau hanya berdasarkan akal kita yang pendek...jangan reka cerita sembarangan kalau kita sendiri tak tau apa yang kta reka..

Kepada PM Najib..Aakj bukan nak kipas..Anda lulus banyakali dah ujian sebagai Pemimpin No1 Negara...keep it up !!

..bersambung..

Foto kat atas tu khabarnya Majlis Nikah Anak Mat Said dah d buat pada 10 Mei yang lalu..so yang 17 hb ni nak buat lagi? tak salah nak buat 100 kali pun..ingatkan tak buat pun lagi hahahaha ke nak buat alasan seterusnya TUNGGU SAYA DAPAT CUCU...pergHHH sumbak wehhh !!

Cerita Majlis Nikah Anak Mat Said d SINI



Share this article :

+ comments + 2 comments

5/14/2014 8:54 am

Ini lah tulisan yg akan memberi tamparan paling keras kepada semua blogger-blogger Pro UMNO.

Pejuang2 maya pro UMNO dangkal dan otak sempit.Inilah padahnya.Serangan bertali arus kpd Najib seolah-olah dah kenal sangat dengan Mat Said.

kpd Pejuang maya sedarlah bila berbicara dan diangkat sangat Mat Said .berhati-hatilah jgn emosi.Baru perang propaganda semua dah out kalah teruk.Kalau kata BODOH marah.

Tak sampai 24 jam korang TIBAI Najib kan dah malu.Ingatlah penulisan akan jadikan Bukti dimana cara berfikir engkorang..Ada faham Malu la wei???

Anonymous
5/14/2014 11:00 am

Setuju dengan buah fikir AAKJ .. konspirasi memburuk-burukkan PM Najib oleh Mad Said trsebut dipintas hebat oleh para cerdik pandai
UMNO yg telah menghidu drp awal lg .. mad said yg telah diberikan tempoh selayaknya selepas PRU13 ..cuba untuk memungkir janjinya dgn PM ..walhal beliau bukan pilihan untuk memegang jawatan MB pun .. atas dasar kompromi drp PM .. PM bersetuju demi Mad Said .. setelah habis tempoh .. Mad said terus protes PM dan UMNO ..dgn alasan PM tak kompromi sbb kenduri menyambut menantu .. wallahualam .. - pemikirbebas

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger