Home » » Terkini : Warga Afrika Kumpulan Militan Al-Shabab Ditangkap Di Selangor

Terkini : Warga Afrika Kumpulan Militan Al-Shabab Ditangkap Di Selangor

Written By Unknown on 08/05/2014 | 8:30 pm

Seorang warga asing dari Afrika Timur ditahan polis di Selangor hari ini kerana disyaki terbabit dalam kumpulan militan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata suspek berusia 34 tahun, ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman di Selangor, hari ini.

“Polis sedang menjalankan siasatan susulan, aktiviti suspek di Malaysia untuk mengenal pasti rangkaian anasir-anasir pengganas Al-Shabab yang mungkin bersembunyi atau menjalankan aktiviti yang boleh mengancam keselamatan Malaysia.

“Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut prosedur di bawah Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dengan penahanan itu, polis kini menahan 12 individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan dalam tempoh dua minggu.

Sebelum ini, 11 individu ditahan polis kerana terbabit dalam kumpulan militan di Selangor dan ibu negara sejak 28 April lepas dan dipercayai mempunyai rangkaian di Syria dan selatan Filipina.

Polis percaya mereka mendapat latihan dan berjuang di Syria dengan kumpulan pemberontak yang menentang kerajaan Bashar al-Assad.
- BERNAMA

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger