Home » , » Terkini : Pemimpin Politik Di Tangkap Rasuah

Terkini : Pemimpin Politik Di Tangkap Rasuah

Written By Unknown on 25/05/2014 | 12:55 am

Beberapa akhbar arus perdana sebelum ini mendedahkan mengenai seorang pemimpin politik telah ditangkap kerana cuba mendapatkan rasuah sebanyak RM4000.00.

Hasil laporan tersebut, pihak kami menerima maklumat dari Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang mendakwa tangkapan tersebut melibatkan seorang pemimpin muda yang sedang bertanding jawatan politik parti itu di Selangor.

Menurut pengamal perubatan traditional itu tangkapan tersebut dibuat di salah sebuah restoran mamak di Lembah Keramat, Kuala Lumpur.

” Dia merupakan pengurus besar di salah sebuah syarikat di Selangor.

“Dia meminta rasuah sebanyak RM4000.00 sebagai balasan untuk melanjutkan tarikh penamatan kontrak” ujarnya kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi.

Menurutnya tertuduh yang dikenali sebagai ‘Z’ itu telah ditahan oleh pihak SPRM Selangor pada 23 Mei pada pukul 4.45 petang.

Suaratv

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger