Home » , » Terkini Pemilihan PKR Kuala Langat : Video Kerana "Pariah", Perwakilan Hampir Bertetak !!

Terkini Pemilihan PKR Kuala Langat : Video Kerana "Pariah", Perwakilan Hampir Bertetak !!

Written By Unknown on 11/05/2014 | 7:27 pm


Satu pergaduhan telah tercetus ketika proses pembuangan undi di Dewan Wawasan, Batu 9, Kampung Medan, Teluk Panglima Garang tengah hari tadi. Pergaduhan membabitkan penyokong-penyokong dua orang calon Ketua Cabang Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Radhakrishnan a/l Nallusamy.

Pergaduhan mulai tercetus lebih kurang pukul 11:00 pagi. Walaupun dikatakan punca pergaduhan adalah disebabkan beberapa orang lelaki Melayu yang merupakan penyokong tegar Abdullah Sani menceroboh masuk ke dewan pengundian yang kemudian dibantah oleh para penyokong Radhakrishnan namun, sumber memberitahu punca sebenar pergaduhan tersebut adalah apabila salah seorang daripada lelaki Melayu yang menyokong Abdullah Sani berteriak 'PARIA! PARIA!' kepada penyokong-penyokong Radhakrishnan yang cuba merempuh masuk dewan pengundian bagi menghalang perbuatan sabotaj penyokong Abdullah Sani.

Hampir-hampir sahaja berlaku pergaduhan berdarah kalau tidak dileraikan oleh para petugas pemilihan. Pekarangan dewan tempat berlangsungnya proses pemilihan riuh rendah dengan jerit pekik serta maki hamun kedua-dua belah penyokong.

Memandangkan keadaan semakin tegang, satu perbincangan telah diadakan membabitkan calon-calon Ketua Cabang. Untuk mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang lebih buruk, akhirnya JPP memutuskan untuk meneruskan proses pengundian dengan tambahan masa mengundi sebanyak satu jam dan pusat pengundian hanya akan ditutup pada pukul 6:00 petang.

Foto kat atas tu pergaduhannya d SINI

Video "pariah..pariah"..klik d SINI

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger