Home » » Terkini Pemilihan PKR : Ahli Di Pecat Kerana Menjerit Khalid Rasuah

Terkini Pemilihan PKR : Ahli Di Pecat Kerana Menjerit Khalid Rasuah

Written By Unknown on 21/05/2014 | 8:22 pm

Empat ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipecat sementara 10 ahli lain digantung keahlian mereka setelah Lembaga Disiplin PKR meneliti beberapa kes berkenaan tatatertib dan disiplin ahlinya.

Laman web KeadilanDaily.com melaporkan kes-kes berkaitan dibentangkan ketika mesyuarat Biro Politik semalam yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden parti Mohamed Azmin Ali.

Turut hadir ke mesyuarat itu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anggota biro yang lain.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong empat ahli yang dipecat dari parti ialah Radin Sharifuddin Mohamad Yasin (Cabang Selayang), R. Kumara Guru (Cabang Alor Setar), Zulkafli Abdullah (Cabang Hulu Selangor dan Ahmad Jufliz Faiza (Cabang Setiawangsa).

Kenyataan media laman web itu menyebut Radin Sharifuddin dipecat kerana telah merempuh masuk ke dewan pengundian dan merampas kotak undi sewaktu proses pemilihan Cabang Selayang berlangsung pada 11 Mei lalu.

Kumara Guru pula ketika pemilihan di Cabang Kota Raja pada hari yang sama telah mengambil beberapa kertas undi yang ditanda sendiri oleh beliau dan telah memasukkan kertas-kertas undi tersebut ke dalam peti undi walaupun beliau bukan anggota Cabang berkenaan.

Zulkafli pula dipecat kerana menjerit dan menuduh Abdul Khalid dengan kata-kata ‘rasuah’ dan ‘penipu’ ketika sidang media yang diadakan di ibu pejabat Keadilan yang diadakan pada 17 Mei.

Ahmad Jufliz pula tidak mengendahkan amaran tatatertib yang dikeluarkan Lembaga Disiplin dan terus mengkritik parti secara terbuka.

Empah ahli digantung keahlian kerana mencetuskan kekecohan di dewan pengundian sewaktu proses pemilihan Cabang Selayang pada 11 Mei.

Mereka adalah V. Shanmugam, N. Patmanathan, Norizan Omar, dan Azman Yaakob.

Mereka yang digantung keahlian kerana membuat gangguan sepanjang proses pengundian berlangsung sehingga mencetuskan kekecohan ketika pemilihan Cabang Kota Raja pada 11 Mei juga adalah S Manugharan, M Telai Amblam ,K Vicknesvaran,M Munisamy, P Chandrasekaran dan Syed Ahmad Putra Syed Isa.

Saifuddin Shafi Muhammad diberi surat tunjuk sebab kerana didakwa membocorkan laporan minit Mesyuarat Biro Politik kepada umum melalui Twitter 14 Mei lepas.

Keputusan Lembaga Disiplin itu dilihat bakal menyemarakkan beberapa kemarahan lagi berdasarkan luahan tidak puas hati sebelum ini yang dibangkitkan mereka.

Antaranya ialah Zulkafli yang videonya menuduh Abdul Khalid di ibu pejabat PKR tersebar beberapa hari lepas.

Zulkafli dikatakan telah memberikan segala bukti penipuan pemilihan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) tetapi mereka yang dipecat. Dengar khabarnya juga, ada laporan polis turut dibuat.

Daripada keputusan mesyuarat yang diadakan malam tadi itu, dilihat hanya ahli yang bertindak meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara yang agak melampau sahaja dikenakan tindakan.

Tidak kedengaran pula tindakan diambil kepada para pemimpin tertinggi PKR yang dilihat banyak menjadi sasaran aduan-aduan mereka. – MYNEWSHUB.MY

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger