Home » » Terkini : Foto Penyokong Liverpool- Chelsea Bertumbuk

Terkini : Foto Penyokong Liverpool- Chelsea Bertumbuk

Written By Unknown on 04/05/2014 | 8:40 am

SUASANA tegang tercetus di luar Stadium Anfield pada Ahad selepas penyokong Liverpool bertempur dengan peminat Chelsea.

Insiden itu tercetus di Jalan Anfield selepas segelintir penyokong Chelsea menyanyikan lagu yang mengutuk ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard.

Ketegangan itu bermula apabila seorang daripada penyokong Liverpool yang tidak dapat menahan kekecewaan bertindak menumbuk pengikut Chelsea.

















Kehadiran polis yang tepat pada masanya bagaimanapun berjaya menyekat pergaduhan daripada menjadi lebih serius dengan pembabitan jumlah penyokong Liverpool yang ramai.

Hasrat Liverpool untuk meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris sejak 24 tahun lalu tanpa menghabiskan baki perlawanan terbantut apabila mereka tewas 0-2 kepada Chelsea.

Persaingan liga juga semakin terbuka apabila Manchester City berjaya menewaskan Crystal Palace 2-0 hasil jaringan Edin Dzeko dan Yaya Toure.

sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger