Home » » Terengganu : Ustazah Mengamok Ramas Buah Dada Pelajar

Terengganu : Ustazah Mengamok Ramas Buah Dada Pelajar

Written By Unknown on 13/05/2014 | 9:10 pm

Pelajar Perempuan Di Terengganu Dakwa Buah Dadanya Diramas Ustazah!

JERTIH – Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini mendakwa dicabul oleh guru agama perempuan sekolahnya pada waktu persekolahan pagi Jumaat lalu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku jam 9 pagi ketika mangsa berada di koridor bangunan kelas untuk menunggu kedatangan bapanya ke sekolah bagi bertemu guru untuk membincangkan masalah mangsa yang dipukul pelajar perempuan lain sehari sebelum itu.

Menurut sumber, ketika berada di koridor itu, mangsa terserempak dengan ustazah tersebut yang menegur kain tudung dipakainya selain bertanya khabar mengenai kejadian dia dipukul.

Mangsa kemudian mendakwa ustazah tersebut telah meramas buah dadanya ketika memeriksa tudung dipakainya sehingga menyebabkan mangsa berasa sakit.

“Mangsa menangis kesakitan dan memaklumkan kejadian itu kepada bapa dan ahli keluarganya sebelum bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja,” katanya.

Difahamkan juga ustazah terbabit turut membuat laporan polis terdahulu sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu. – SINAR HARIAN

* gambar hiasan
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
5/18/2014 3:15 pm

ustazah ni mengamok ke? atau ustazah ni memang seorang lesbian?
ustazah ni tentu tahu masih ada dunia lain selepas mati dan yakin dengan itu semua. Akan tetapi dia lakukannya untuk memenuhi tuntuan nafsu sonsangnya. Inilah syaitan yang bertopengkan ustazah. Tunggulah laknat dari Allah atas segala perbuatan terkutuknya itu.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger