Home » , » Terengganu Terkini : Ghazali Akan Rujuk Semula Kepada UMNO !

Terengganu Terkini : Ghazali Akan Rujuk Semula Kepada UMNO !

Written By Unknown on 14/05/2014 | 11:08 am




Suhu Politik di Terengganu masih belum reda..masih panas..bukannya panas kerana Kerajaan Negeri bakal bertukar tangan..panas kerana Adun Ajil, YB Ghazali Taib yang memang dikenali sebagai "Orang Kanan" Mat Said di Terengganu akan kembali kepada UMNO, kembali menjadi Adun BN.

Semalam, Adun Bukit Besi, YB Roslee Daud..buat U-Turn dan kembali kepada UMNO semula setelah tak sampai 24 jam 'merajuk'..klik di SINI

Aakj terima berita ini dari sahabat di Terengganu, katanya YB Ghazali sedar yang tindakannya agak melulu dan bakal merugikan UMNO serta mengkhianati amanah pengundi beliau.

Menurut sumber lagi, Ghazali tersentuh melihat demostrasi pengundinya di Pekan Ajil petang semalam menyebabkan beliau insyaAllah akan kembali bersama dengan Kerajaan BN Terengganu..

"..Yb tertekan kerana beliau mungkin ada hubungan keluarga dengan Mat Said.." - sumber

Bagi Aakj. itulah yang sebaiknya..jangan terlajak terlalu jauh..nak undur bukan senang..jangan rasa rendah diri untuk minta maaf kerana itu amalan yang mulia kata Nabi saw.

Allah uji manusia berbeza dan Allah ingin lihat sejauhmana manusia yang diujiNya itu redha..

Dalam perjuangan parti, hanya yang ada sifat merendah diri mampu bertahan, sifat 'dengar dan taat' akan buat kita dihormati dan sifat meletakkan kepentingan perjuangan mengatasi kepentingan peribadi akan buat kita kita disegani.

Dalam perjuangan, Pemimpin datang dan pergi, yang kekal adalah ahli parti dan yang penting adalah pengundi..mereka percaya kita dan mereka serahkan amanah untuk kita laksanakan.

Dalam perjuangan, TAAT kepada PEMIMPIN itu penting..hinggakan Nabi saw berpesan.."Taatlah kamu kepada Pemimpin kerana ianya seperti kamu taat pada ku dan taat kepada Allah.."

Kepada YB Bukit Besi, Roslee Daud..Alhamdulillah..anda membuat keputusan yang betul..

Kepada YB Ajil, Ghazali Taib, yakinlah..perjuangan UMNO tetap 'berjalan' walaupun kita tinggalkannya...Aakj secara peribadi ucapkan terima kasih kiranya apa yang Aakj dengar ini benar dan betul..sesungguhnya Kapal UMNO ini besar dan belum berhenti belayar..Kapal UMNO ini laju walau nampak perlahan..amat rugi kalau kita tinggalkan kapal yang selama ini membawa kita hingga tahap ini...

Kita sama-sama tunggu...insyaAllah..kalau Allah buat keputusan, makhluk lain takkan mampu halangnya...

Akhirnya Mat Said ditinggalkan juga orang kanannya..dalam perjuangan, akan tiba saat kita tidak diperlukan dan ditinggalkan bila kita cuba buat acuan sendiri yang tak pernah diuji sebelum ini..UMNO sudah diuji, sudah ada acuan tersendiri berkat mesyuarat dan maufakat...





Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger