Home » , » Tandas Berkubah : Isu Selesai Dengan Balut Plastik?

Tandas Berkubah : Isu Selesai Dengan Balut Plastik?

Written By Unknown on 06/05/2014 | 4:23 pm

Kubah yang diletak di atas bangunan bilik persalinan dan tandas kolam renang di Lotus Desaru Beach Resort bukan seperti kubah yang digunakan di masjid atau surau kerana ia mempunyai ukiran kelopak serta puncak yang tajam.

Di puncaknya juga tidak mempunyai ukiran mirip seperti yang ada di masjid atau surau.

Ketiga-tiga kubah berkenaan kini disimpan di kawasan penyimpanan resort berkenaan selepas ia diturunkan kelmarin. Jika dilihat lebih dekat ukiran di kubah tersebut lebih bersifat umum dan tidak sesuai digunakan untuk masjid atau surau.

Kubah itu mencetus kontroversi apabila bangunan berkenaan kelihatan seperti masjid yang turut digunakan sebagai tandas dikatakan seperti menghina umat Islam di negara ini.

Mynewshub.my hari ini dibawa melihat dengan lebih dekat bentuk kubah yang dikatakan mencetus isu panas melibatkan resort berkenaan yang tersebar luas di internet sejak kelmarin.

Tinjauan itu diuruskan oleh Pengurus Perhubungan Awam dan Program Lotus Desaru Beach Resort  Aaron Daniel.

Ia diturunkan selepas diminta pihak polis Bandar Penawar ekoran kontroversi yang dicetuskan oleh blog pro-pembangkang yang mendakwa negeri Johor banyak terdapat bangunan-bangunan yang dilihat menghina Islam.

Dalam blog berkenaan, negeri yang Johor juga dilabelkan sebagai negeri UMNO kerana ia ditadbir oleh Barisan Nasional yang diterajui parti terbesar Melayu itu.

Menurut beliau, kelmarin pihak Pergerakan Pemuda UMNO turut hadir dan meninjau insiden itu di resort berkenaan.

Berdekatan bangunan yang menjadi kontroversi itu, turut ada dua buah menara dengan kubah sama dan ia akan turut diturunkan dalam masa terdekat bagi menutup terus isu berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Lotus R Indra Ghandi.

Hari ini Mynewshub.my akan dibawa melihat kerja-kerja pengubahsuaian bangunan ‘panas’ resort berkenaan yang dijangka siap hari ini selepas kerja-kerja berjalan sepanjang malam. – MYNEWSHUB.MY

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger