Home » » Siapa Dedah Tiket Kapal Terbang..Wajarkah?

Siapa Dedah Tiket Kapal Terbang..Wajarkah?

Written By Unknown on 07/05/2014 | 7:37 am

Baru-baru ini gambar 2 keping tiket MAS yang memaparkan nama Hanez Suraya dan teman lelakinya, Romie Razin telah pun tersebar di Internet. Penyebaran itu bertujuan untuk mendedahkan tahap keseriusan hubungan Hanez dan Romie.

Walaupun lokasi penerbangan dirahsiakan, banyak pihak membuat kesimpulan yang Hanez dan Romie telah pergi bercuti bersama-sama. Kalau Abang Nara jadi Hanez pun sudah tentu tertekan dan bengang apabila privasi diri diceroboh sehingga ke tahap begini.

Menurut Hanez, 'Ya saya tahu (tentang pendedahan tiket). Memang ramai wartawan cuba menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan. Tetapi saya ambil langkah berdiam diri. Hak privasi saya telah diganggu kerana penyebaran gambar tiket penerbangan itu. Mereka yang menyebarkannya patut faham akan privasi saya. Dan jangan cuba membuat cerita tanpa usul periksa.

Cuba beritahu saya siapa yang tak geram jika diperlakukan begitu? Ini soal hak privasi. Mereka sudah menganggu privasi saya dan membuat cerita yang boleh mendatangkan fitnah. Mereka cerita tentang keburukan saya padahal mereka sendiri tidak sedar yang mereka sedang menabur fitnah. Semestinya saya bengang dan tidak puas hati.

Ya sudah tentu (tidak mempunyai privasi). Saya rasa selepas ini pergerakan saya sudah terbatas. Malah saya percaya ini boleh mendatangkan bahaya kepada diri saya pada masa akan datang...'

Sumber

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger