Home » » Selangor Terkini : Foto Penjenayah Ditembak Mati Cuba Langgar Polis

Selangor Terkini : Foto Penjenayah Ditembak Mati Cuba Langgar Polis

Written By Unknown on 20/05/2014 | 2:10 pm

Seorang penjenayah ditembak mati selepas melanggar kenderaan polis dengan lori yang dipandunya dalam cubaan melarikan diri di Kota Puteri, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, suspek berusia lingkungan 30-an mati di tempat kejadian akibat daripada tembakan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati, kenderaan dinaiki suspek dilaporkan dicuri di Jinjang, Kuala Lumpur.

“Pasukan peronda polis yang terserempak dengan lori itu di Sungai Buloh mengekori kenderaan berkenaan sebelum menahannya di kawasan berhampiran ladang kelapa sawit.

“Bagaimanapun, sebaik saja anggota menghampiri suspek untuk membuat pemeriksaan, lelaki terbabit terus menekan pedal sehingga memaksa anggota melepaskan tembakan,” katanya. – myMetro Online

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger