Home » » Sebenarnya Bekalan Air Terawat BELUM CUKUP- Syabas

Sebenarnya Bekalan Air Terawat BELUM CUKUP- Syabas

Written By Unknown on 02/05/2014 | 8:24 pm


Orang ramai digesa supaya terus berjimat cermat dan mengamalkan penggunaan berhemah meskipun catuan bekalan air telah ditamatkan oleh kerajaan Selangor pada 1 Mei lalu.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred Dharan berkata, kapasiti bekalan air terawat di Lembah Klang masih tidak mencukupi bagi menampung permintaan pengguna.

“Kapasiti bekalan air terawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih tidak mencukupi bagi menampung sepenuhnya permintaan pengguna terutama pada waktu puncak dengan rezab bekalan air terawat berada di paras kurang daripada satu peratus.

“Oleh demikian, para pengguna disarankan agar terus mengamalkan sikap berjimat cermat menggunakan air dan mengelakkan sebarang pembaziran,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Priscilla turut meminta orang ramai menyalurkan sebarang kejadian paip pecah atau bocor kepada Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk membantu mengelakkan pembaziran.

Media pada 30 April lalu melaporkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan catuan bekalan air ditamatkan selepas mendapat jaminan kerajaan Selangor bekalan air adalah mencukupi. – mynewshub.my
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger