Home » » Pulau Pinang Terkini : Foto Lelaki Dibunuh Kerana Cinta

Pulau Pinang Terkini : Foto Lelaki Dibunuh Kerana Cinta

Written By Unknown on 21/05/2014 | 2:58 pm

Hingga ke hujung nyawa. Itulah nasib malang menimpa seorang lelaki selepas dia dibelasah hingga mati dipercayai kerana menjalin hubungan cinta terlarang dengan seorang gadis.

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, mangsa, B Muniandy, 37, dipercayai dibunuh abang teman wanitanya selepas mangsa mengadakan temu janji di Pantai Bersih, Bagan Ajam di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, mayat mangsa ditemui orang awam dalam keadaan terbaring berpakaian lengkap di tepi pantai berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam di sini.

Beliau berkata, pemeriksaan awal dilakukan terhadap mayat mangsa menemui kesan lebam di dada, rusuk kanan, luka di dahi, jari kaki dan tangan dipercayai akibat dipukul menggunakan kayu.

“Pemeriksaan lanjut dilakukan di sekitar lokasi kejadian kami turut menemui kayu disyaki digunakan untuk mermbunuh mangsa.-HM

sumber

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger