Home » » Prk Teluk Intan : Saya Tawar Khidmat Bukan Tawar Usia - Calon BN

Prk Teluk Intan : Saya Tawar Khidmat Bukan Tawar Usia - Calon BN

Written By Unknown on 24/05/2014 | 10:43 am

Calon BN bagi Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong, petang tadi mengadakan lawatan mesra di sekitar Sungai Nibong dan Peti Daerah Mengundi Sungai Nibong. Dalam lawatan sepetang tersebut beliau sempat mendengar masalah penduduk setempat dan beramah mesra dengan pengundi yang menunggu untuk berjumpa beliau secara bersemuka.

Antara yang turut hadir ialah seorang ibu muda bersama bayi yang baru dilahirkan. Beliau merasa teruja untuk membawa bayinya berjumpa Mah, yang suatu ketika dulu pernah menyumbang bakti sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

Mah juga mendengar beberapa masalah setempat membabitkan masalah banjir setiap kali air pasang dan keadaan jalan yang teruk.

Selain berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut sekiranya terpilih, Mah turut menyatakan bahawa beliau hanya boleh menawarkan khidmat bakti dan berharap pengundi membuat keputusan atas faktor tersebut bukannya faktor usia.

Mah percaya sebahagian besar penduduk di Teluk Intan telah mengetahui rekod perkhidmatan beliau sebelum ini dan boleh menilai sama ada beliau seorang yang bercakap kosong atau menunaikan janji.

Mykmu

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger