Home » » PRK Teluk Intan : Cara DAP Rampas Malaysia?.. Lucutkan “Ketuanan Melayu”

PRK Teluk Intan : Cara DAP Rampas Malaysia?.. Lucutkan “Ketuanan Melayu”

Written By Unknown on 22/05/2014 | 10:29 pm



Kita disajikan dengan episod yang cukup memualkan dalam PRK Teluk Intan kali ini. Keputusan DAP meletakkan calon Melayu Dyana Sofya untuk memberi tekanan agar keistimewaan orang Melayu dilucutkan atas alasan kononnya ia merupakan perkara yang tidak adil terhadap bangsa Cina mencetuskan fenomena kebencian. DAP buat-buat lupa bahawa Tuan Tanah Melayu ini merupakan bangsa Melayu.

Lim Kit Siang buat-buat lupa bahawa bangsa Cina dibawa ke Tanah Melayu asalnya untuk melombong bijih timah manakala orang India dibawa ke Tanah Melayu pula untuk mengerjakan estet. Kata kunci di sini adalah negara Tanah Melayu. Walaupun ianya ditukar kepada nama Malaysia namun sejarah tetap sama iaitu ianya milik orang Melayu.

Adakah tidak adil orang Melayu diberi keistimewaan memandangkan mereka tuan tanah. Kesamarataan yang dibawa oleh DAP dan Dyana di PRK Teluk Intan merupakan satu misi yang menganiaya tuan Tanah Melayu. Adakah tetamu yang bertandang ke rumah anda mendapat hak yang sama sebagaimana tuan rumah itu sendiri. DAP cuba menjalankan rampasan kuasa melalui apa jua cara dari Tuan Tanah Melayu.

Perkara yang membuat rakyat “sentap” apabila agenda jahat DAP ini turut didokong oleh segelintir bangsa Melayu yang mampu “dibeli” oleh DAP. Tindakan Dyana Sofya yang turut melaungkan suara Lim Kit Siang untuk menghapuskan hak orang Melayu sebenarnya bakal membangkitkan semula perpaduan dikalangan orang Melayu.

Apa sahaja cacian, kejian dan sindiran yang dilemparkan oleh Dyana Sofyana dan ibunya terhadap bangsa Melayu dan para pemimpin UMNO yang berjuang demi agama Islam, bangsa Melayu dan negara sudah pasti akan mendapat pujian yang cukup tinggi dari bapa racist DAP iaitu Lim Kit Siang.

Kononnya ibu kepada calon DAP Parlimen Teluk Intan, Yammy Samad telah memberi perumpamaan yang sangat “mendalam” merujuk kepada anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Oleh itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang telah mengangkat Yammy sebagai seorang ibu yang hebat kerana berani memberikan sindiran tajam kepada Dr Mahathir. Umum tahu bagaimana dendamnya Lim Kit Siang terhadap Tun. Lim Kit Siang gagal memporakperandakan orang Melayu semasa zaman pemerintahan Tun.

“Yammy, anda lebih baik daripada Dr Mahathir kerana berdiri teguh di belakang anak anda. Andalah ibu yang terpuji,” kata Lim Kit Siang ketika berucap di hadapan kira-kira 500 pengundi Cina di Tokong Bu Tong San di Teluk Intan.

Yammy menyindir Dr Mahathir ketika menjawab kenyataan Tun Mahathir yang mengecam dirinya sebagai ahli Umno tetapi membiarkan Dyana bertanding atas tiket DAP. Kononnya Yammy sehabis daya mahukan mahu Dyana Sofya mengikut jejak langkah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi apakan daya perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Datin Paduka Marina Mahathir. Namun ini jelas satu kenyataan putar belit ibu kepada pengkhianat Melayu. Beliau terlalu ketara merupakan orang kuat dibelakang pengkhianatn Dyana Sofya terhadap agama Islam, bangsa Melayu dan negara.

Agenda menyingkirkan orang Melayu dari memerintah negara perlu dipandang serius. Ianya bakal melibatkan masa depan anak cucu kita semua. Kita perlu sentiasa ingat bahawa sekiranya bangsa Cina dihalau mereka boleh balik ke negara China. Dan sekiranya orang India dihalau, mereka boleh pulang ke negara India. Sekiranya orang Melayu dihalau kita tidak ada negara untuk dituju. Di sinilah negara kita. Oleh itu pertahankanlah dengan sepenuh hati kita.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger