
Allah hantar Nabi dan Rasul bukan seorang dua..Allah swt hantar 124,000 Nabi dan Rasul sebagai Pembawa Perintah Allah..sebagai contoh bagaimana ingin hidup di dunia ini.
Ada Nabi dan Rasul di utuskan untuk diri sendiri, ada yang dihantar untuk keluarga sahaja, ada yang dihantar untk kampung, kaum, negeri, negara dan penamat segala Nabi dan Rasul, Muhammad saw dihantar untuk seluruh ummat seluruh alam hingga kiamat..
Nabi saw membawa Rahmat untuk seluruh alam..walaupun Baginda saw hanya 63 tahun sahaja umurnya..walau hanya 23 tahun sahaja masa dakwahkan agama Islam kepada ummat Tanah Jazirah, namun Allah swt dengan ehsannya dalam kitab suci Al Quran mengistiharkan bahawa tugas kenabian juga terletak di bahu ummat akhir zaman..dengan kata lain usaha mengajak manusia kepada Allah berterusan hingga kiamat.
Kini lebih 1400 tahun Baginda saw tinggalkan kita dan sebelum Baginda saw pergi mengadap Allah swt..Baginda saw jelaskan bahawa AGAMA ISLAM SUDAH SEMPURNA..maka terletaklah di bahu ummatnya selepas itu untuk sebarkan apa yang Baginda saw bawa..hingga kiamat..
Kini..kerana politik..kerana kuasa dan harta maka manusia sanggup buat apa saja..
Hanya dengan letak label "Islamik' dalam perjuangan maka jutaan manusia dengan mudah ditipu.
Kesesatan yang nyata bila manusia mula dengan berani ubah ayat Allah swt dan mula menafsirkan perintah Allah sesuai dengan nafsu haiwan mereka..semuanya kerana hati telah zulmat, kotor, pekat..titik hitam yang Allah sebutkan dalam Quran makin menebal dan mereka beransur cuba hilangkan HAK dalam setiap perintah Allah swt..nauzubillah..
Mereka lupa HIDAYAH hanya Allah di tangan Allah, tiada manusia lain mampu beri HIDAYAH walaupun Nabi saw, mereka hanya mampu berdoa agar Allah kekalkan Hidayah dan sebarkannya namun kuasa Allah menentukan siapa yang akan dapat Hidayat dan siapa yang Allah jauhkan atau cabut terus dari Hidayat ini...Allahhuakbar !!
Cerita Ulama terkenal seperti Barsisa yang mempunyai ribuan murid, malahan murid beliau ada yang mampu terbang..pun akhirnya sesat hanya dengan ujian duniawi..kisah ini berlaku di zaman Nabi saw sudah tidak ada lagi..
Hari ini, bukan sahaja di Malaysia, malah penyakit Ulama ciptaan ini ada di seluruh dunia..Ulama yang gunakan politik untuk kepentingan diri..Ulama yang begitu berani menterjemah ayat Quran sesuai dengan nafsu haiwan..akhirnya pengikut yang taksub menganggap apa yang keluar dari mulut Ulama ini ada benar dan wajib diikuti..
Bayangkan Pas..beriya benar dengan HUKUM HUDUD..akhirnya dengan mudah Allah tunjukkan siapa mereka sebenarnya di Pilihanraya Kecil Teluk Intan..
Kalau kita waras..kita nilai..kita wajib muhasabah diri..renunglah apa yang Calon Dap perkatakan tentang Hukum Allah ini..apakah ini satu mainan..apakah ini hanya untuk suka-suka..POLITIK suka-suka?
Ingat apa yang Pas cakap..sapa yang kata Politik suku Agama suku maka kafirlah orang itu..
Wallahhualam..

Post a Comment