Home » » PRK Bukit Gelugor : Senarai 6 Calon Tawar Diri Setakat Ini

PRK Bukit Gelugor : Senarai 6 Calon Tawar Diri Setakat Ini

Written By Unknown on 10/05/2014 | 1:53 pm



Sekurang-kurangnya enam calon dijangka bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor yang akan berlangsung 25 Mei ini.


DAP akan mengumumkan calonnya pada Sabtu. PRK Bukit Gelugor ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh dalam kemalangan pada 17 April lalu.


Anak ketiga Karpal, Ramkarpal Singh Deo, 38 besar kemungkinan akan dipilih untuk meneruskan legasi mendiang bapanya.


Persoalan mengenai calon yang akan merebut kerusi itu akan terjawab pada hari pencalonan pada Isnin.


Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, parti itu akan membuat pengumuman mengenainya dalam masa terdekat.


"Sabar, saya tidak kata parti ini tidak akan bertanding," katanya pada sidang media, Jumaat.


Difahamkan, Jawatankuasa MCA Negeri itu mengadakan mesyuarat petang Jumaat untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan PRK Bukit Gelugor.


Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guang berkata, beliau akan bertanding dan akan mengetengahkan lima isu termasuk hudud serta masalah tempatan semasa berkempen.


"Saya tahu tidak akan menang, tetapi berharap dapat memperoleh sekurang-kurangnya 12 peratus daripada keseluruhan undi supaya tidak akan kehilangan deposit," katanya.


Calon lain yang menyuarakan hasrat merebut kerusi berkenaan adalah pesara yang juga ahli PAS Gombak, Selangor, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar, 63.


"Saya harap PAS akan membenarkan saya bertanding atas tiket parti, jika tidak saya akan bertanding sebagai calon Bebas," katanya.


Hasrat bertanding turut diumumkan pengendali inap desa, Mohd Yacoob Mohd Noor, 25 yang lebih dikenali sebagai Yacoob Bebas.


Beliau pernah memperoleh hanya 141 undi sebagai calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang pada Pilihan Raya Umum lalu.


Selain itu, parti baru yang dikenali sebagai Penang Front Parti (PFP) juga dijangka meletakkan calon mereka.


Sementara itu, sumber berkata, kepemimpinan DAP tidak begitu setuju untuk memilih Ramkarpal sebagai calon parti itu.


"Pemilihan Ramkarpal akan membuka peluang untuk parti diserang terutama berkaitan isu kronisme dan politik dinasti," katanya.


Sumber itu berkata, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahukan calon dalam kalangan kepemimpinan muda parti yang mudah dibentuk.

Baca juga d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger