Home » » PRK Bukit Gelugor ; Foto Calon Di Tolak Sebab Tak Cukup Duit Deposit

PRK Bukit Gelugor ; Foto Calon Di Tolak Sebab Tak Cukup Duit Deposit

Written By Unknown on 12/05/2014 | 10:29 pm

BUKIT GELUGOR: Kesian Kertas Pencalonan Ditolak Sebab Tak Cukup Duit...


Akibat tidak cukup RM5,000 untuk membayar deposit poster kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), seorang calon terpaksa berputih mata kerana kertas pencalonannya ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Calon tersebut, Lim Chee Khoon mendakwa mewakili Penang Front Party (PFP) yang belum diluluskan pendaftarannya tiba di pusat penamaan calon PRK Bukit Gelugor di Dewan Sri Pinang kira-kira jam 9.45 pagi

Bagaimanapun, berlaku salah faham berkaitan deposit yang perlu diserahkan ketika mengemukakan kertas pencalonan iaitu RM10,000 untuk SPR dan RM5,000 untuk PBT sebelum jam 10 pagi.

“SPR tidak mahu menerima wang selepas jam 10 pagi. Memandangkan wang tidak cukup, wakil saya pergi mengambil wang di bank dan hanya tiba di sini pada jam 10.15 pagi.

“Itu adalah peraturan baharu kerana sebelum ini ia boleh dibayar sehingga jam 12 tengah hari,” katanya kepada media.

Sementara itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kertas pencalonan itu terpaksa ditolak kerana gagal memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Dalam syarat pilihan raya, setiap calon perlu membayar deposit RM10,000 kepada SPR dan RM5,000 untuk PBT sebelum 10 pagi. Jika gagal, SPR akan menolak kertas pencalonannya,” katanya. – SINAR HARIAN
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger