PADA proses penamaan calon 12 Mei lepas untuk Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor, rupa-rupanya calon DAP telah melanggar undang-undang jalan raya yang serius.
Calon DAP, Ramkarpal yang juga anak kepada mendiang penyandangnya Karpal Singhdilihat menaiki sebuah jip yang cukai jalannya sudah tamat tempoh untuk ke Pusat Penamaan Calon.
Mungkin pada sesetengah orang soal itu nampak remeh, tapi jika sesebuah kenderaan ditahan dalam satu sekatan jalan raya, pastinya mereka akan disaman.
Lebih-lebih lagi kesalahan ini melibatkan keluarga seorang peguam yang bukan calang-calang terkenal di Malaysia ini, iaitu mendiang Karpal Singh yang pernah dikenali dengan nama Tiger Of Jelutong.
Gambar kesalahan itu yang jelas menunjukkan tarikh cukai jalan itu mati iaitu pada 24 Mac sedangkan hari penamaan calon ialah pada 12 Mei.
Sudahlah naik kereta cukai jalan mati, bukannya pergi ronda-ronda dalam jarak dekat tetapi digunakan untuk berarak ke pusat penamaan calon satu Pilihan Raya Kecil.
Dalam kes ini sehebat mana pun team peguam dari keluarga Karpal kalau masuk mahkamah gerenti kalah.
Jip warna merah bernombor PDT9898 yang diguna untuk mengarak Ramkarpal ke pusat penamaan di Dewan Sri Pinang,Georgetown tidak ada cukai jalan dan ia jelas disertakan dengan bukti.
Mungkin ada yang bertanya apakah DAP nak tunjuk taiko main suka hati langgar undang-undang di Pulau Pinang,negeri ia menjadi kerajaan negeri? – MYNEWSHUB.MY
Oleh : AIRY ARIS
Post a Comment