Home » » "Peserta Himpunan GST Di Bayar RM100.00" - Shamsudin Lias

"Peserta Himpunan GST Di Bayar RM100.00" - Shamsudin Lias

Written By Unknown on 04/05/2014 | 7:00 am


Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias mendakwa segelintir peserta perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka Khamis lalu dibayar.

Menurut maklumat yang diberikan kepada saya, ada sesetengah daripada peserta himpunan tersebut telah dibayar wang sebanyak RM100 ringgit bagi menghadiri perhimpunan tersebut,” dakwanya.

Beliau yang juga Adun Sungai Burong menambah, perhimpuan yang dilakukan pada hari pekerja itu hanyalah ruang yang digunakan pihak tertentu bagi mencapai cita-cita dan kepentingan peribadi dengan berselindung di sebalik nama himpunan.

Beliau juga tidak menafikan bahawa kebanyakan orang awam yang menyertai bantahan tersebut tidak faham mengenai GST bahkan tidak mengetahui apa itu sebenarnya GST.

“Majoriti mereka yang menyertai bantahan tersebut tidak faham apa itu GST, bahkan makna sebenar bagi GST pun mereka tidak tahu,” ujarnya sewaktu dihubungi oleh FMT melalui telefon.

Kata Shamsudin lagi, mereka telah dieksploitasi oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang berhasrat untuk menjatuhkan kerajaan, dengan menggunakan GST sebagai alasan selain menghasut orang awan untuk membenci kerajaan yang telah banyak membantu rakyat.

“Pada perhimpunan tersebut, pihak pembangkang kerajaan bukannya menerangkan makna sebenar GST kepada rakyat, tetapi menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dengan menerangkan fakta-fakta mengenai GST yang telah dimanipulasi oleh mereka,” kata Adun Sungai Burong itu.

Sekitar 20, 000 telah menghadiri perhimpunan anti GST itu. Dalam pada masa yang sama, Shamsudin turut menasihatkan orang awam, agar jangan mudah terpengaruh dengan hasutan pihak pembangkang seperti Pakatan Rakyat (PR).

“Percayalah, apa yang kerajaan persekutuan lakukan adalah yang terbaik untuk rakyat, dan dalam jangka masa panjang cukai GST ini dapat mengurangkan beban rakyat,” katanya. Ujarnya lagi, sebelum perlaksanaan cukai GST, harga barang di pasaran sendiri sudah naik.

“Sebelum pelaksanaan cukai GST, harga barang di pasaran juga sudah naik, dan ini membuktikan GST bukan menjadi punca harga barangan naik. Harga barang naik adalah disebabkan beberapa faktor seperti faktor penmintaan dan kenaikan kos selain disebabkan oleh sikap orang tengah yang mengambil kesempatan,” ujarnya.

Katanya, cukai GST yang akan dilaksanakan pada April tahun hadapan bertujuan untuk menambah baik cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST).

“Cukai GST telah dilaksanakan oleh 146 buah negara, dan dalam kalangan negara Asean, Indonesia merupakan negara yang terawal melaksanakan GST iaitu pada tahun 1984, diikuti negara lain kecuali Malaysia, Brunei dan Myanmar,” jelasnya.

Tambahnya, sekiranya semakin lambat cukai GST ini dilaksanakan, negara akan terlepas banyak peluang-peluang pembangunan.

“Rakyat kena faham dan berfikiran terbuka, selain jangan terpengaruh dengan hasutan pembangkang. Kalau dihalang perlaksanaan cukai GST, kita akan rugi dan terlepas banyak peluang-peluang pembangunan yang menguntungkan rakyat sendiri,” katanya lapor Free Malaysia Today
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger