Seorang tahanan yang dibawa ke Mahkamah Taiping berhubung tuduhan rompakan berkawan, meloloskan diri dari kawasan mahkamah itu, hari ini.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Yusuf Mohd Diah berkata lelaki yang dikenali sebagai M.Surishkumar, 25, berasal dari Ipoh, melarikan diri pada pukul 10.10 pagi ketika sedang dibawa ke lokap tahanan sementara di mahkamah itu.
“Suspek melarikan diri ketika hendak dimasukkan ke lokap mahkamah selepas sebutan semula kes membabitkannya yang dijalankan di Mahkamah Sesyen di sini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya kes rompakan berkawan itu disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Beliau juga meminta orang ramai membantu polis mengesan suspek itu yang kini sedang diburu. – BERNAMA
Post a Comment