Syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd diberi kontrak empat bulan oleh kerajaan negeri Melaka untuk mencari harta karun di Pulau Nangka, Melaka. Kontrak mereka berakhir pada 12 tengah malam Rabu lalu.
Tiba-tiba pada malam Rabu itu juga iaitu pada 11.15 malam syiling pertama ditemui dan kira-kira 11.30 malam syiling kedua ditemui, setengah jam sebelum kontrak mereka berakhir.
Inilah yang menjadi kesangsian kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sehingga mengeluarkan kenyataan berikut hari ini.
“Saya masih tidak yakin penuh apa yang dijumpa itu datang daripada kawasan itu (Pulau Nangka), mungkin sesuatu yang tercicir atau dicicirkan, ini kita kena siasat,” katanya di Seri Bendahara Melaka.
Adakah syarikat tersebut telah berbuat sesuatu untuk mengelakkan mereka ditamatkan kontrak?
josrevalution
Bot karam di Belawai: 5 lagi mangsa ditemui hari ini
-
Bot karam di Belawai: 5 lagi mangsa ditemui hari ini KUCHING: Lima mangsa
bot karam di Belawai dalam Bahagian Mukah, Sabtu lalu ditemukan hari ini,
sekal...
10 hours ago
Post a Comment