Perbuatan pada pukul 2 petang itu bagaimanapun memakan diri apabila suspek yang berusia 32 tahun ditahan polis di rumahnya selepas menerima maklumat berhubung insiden itu.
(gambar hiasan)
Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika guru itu tinggal bersendirian di rumah.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa yang baru selesai solat Zohor terdengar pintu jeriji dibuka dan terkejut melihat suspek yang berseluar pendek tanpa baju berada di dalam rumahnya.
“Suspek mengarahkan mangsa supaya diam lalu menolak wanita itu ke lantai dan cuba menutup mulutnya.
“Mangsa yang terjatuh menendang badan suspek dan berjaya melepaskan diri lalu meminta pertolongan jiran-jirannya” katanya di sini semalam.
Baca juga d SINI
Post a Comment