Home » » #MH370 : Misi Di Tangguhkan !!

#MH370 : Misi Di Tangguhkan !!

Written By Unknown on 15/05/2014 | 8:09 pm

Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ditangguhkan hari ini selepas kenderaan bawah air autonomi (AUV) Bluefin-2 mengalami masalah pada sistem komunikasinya.

Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) yang mengetuai operasi sejak tiga bulan lalu berkata peralatan komunikasi Bluefin-21 mengalami kerosakan pada hari pertama operasinya selepas lebih dua minggu menjalani kerja penyelenggaraan.

Kejadian itu disedari semalam JACC selepas dua jam Bluefin-21 menjalankan misi menyelam di dasar Lautan Hindi iaitu kira-kira 1,600 kilometer (km) di barat daya Perth.

“Perkara itu dikesan selepas pemeriksaan terhadap sistem komunikasinya mengalami masalah dengan sistem transponder pada kapal Ocean Shield,” kata JACC dalam satu kenyataan hari ini. – REUTERS

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger