Home » » Merusuh Di Singapura ;Perusuh Di Hukum 30 Bulan Penjara & 3 Sebatan

Merusuh Di Singapura ;Perusuh Di Hukum 30 Bulan Penjara & 3 Sebatan

Written By Azmy Klanajaya on 09/05/2014 | 12:21 am



Keadaan rusuhan di Singapura yang menyebabkan banyak kerosakan harta awam pada Disember tahun lepas. – Gambar Reuters, 8 Mei, 2014.

Seorang warga India dijatuhi hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan oleh Mahkamah Rendah kerana merusuh di Little India pada Disember tahun lepas.

Stesen televisyen tempatan Channel NewsAsia (CNA) melaporkan Ramalingam Sakthivel, 33, bekas pekerja pembinaan, merupakan yang pertama mengaku bersalah dan dihukum kerana merusuh.

CNA melaporkan Sakthivel mengambil bahagian dalam rusuhan di Race Course Road dengan menterbalikkan kereta peronda polis dan membaling ketulan konkrit ke arah polis pada 8 Disember, 2013.

Dia juga merosakkan ambulans Pasukan Pertahanan Awam Singapura dengan tiang dan cuba membakar sebuah bas yang melanggar seorang lagi pekerja India, Sakthivel Kumaravelu, menyebabkannya terbunuh.

Hukuman penjara maksimum bagi merusuh dan mencetuskan kerosakan dengan membakar ialah penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan.

Timbalan Hakim Jennifer Marie memutuskan kesalahan pada malam itu bukan dilakukan secara bersendirian dan sebab itu mahkamah mempertimbangkan keadaan yang mendorong Sakthivel bertindak sedemikian, dan tidak memberi fokus kepada perbuatannya.

Sakthivel dihukum penjara 30 bulan dan tiga sebatan kerana merusuh dan penjara 27 bulan kerana mencetuskan kerosakan dengan membakar. Kedua-dua hukuman berjalan serentak.

Hukuman penjara ke atas Sakthivel bermula 8 Disember, 2013 iaitu hari dia direman. – Bernama, 8 Mei, 2014.

The Malaysian Insider : Bahasa
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger