Kuala Lumpur - Seorang isteri curang menjalin hubungan sulit dengan lelaki Bangladeshbertindak ganas terhadap suaminya apabila bertindak membelasah lelaki itu dengan topi keledar selepas dia ditangkap basah oleh suaminya sendiri dalam kejadian berdekatan Pasar Seni di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, suami wanita itu mengalami kecederaan di bahagian muka akibat dipukul dengan topi keledar oleh wanita berusia 38 tahun dan sudah mempunyai tiga anak itu.
Menurut sumber polis, semasa kejadian suami wanita itu keluar bekerja di sebuah pasar raya di ibu kota dan kesempatan itu digunakan wanita terbabit untuk keluar bersama teman lelakinya.
Menurutnya, isteri dan pasangannya itu dipercayai telah beberapa bulan menjalin hubungan sulit dan sering berjumpa ketika suaminya bekerja.
Pada hari kejadian pasangan keluar bersiar-siar di Pasar Seni sebelum mendaftar masuk ke sebuahhotel murah berdekatan tanpa sedar mereka diekori suami wanita itu.
Suaminya bertindak mengekori isterinya itu hingga ke bilik hotel sebelum memberi kejutan kepada mereka dengan masuk ke bilik.
Katanya, akibat malu dengan sikap curang isterinya, suami wanita berkenaan memarahi pasangan berkenaan menyebabkan wanita itu bertindak ganas.
Menurutnya, tanpa disangka wanita itu dengan tanpa belas kasihan memukul suaminya dengan topi keledar hingga lelaki itu cedera di muka sebelum melarikan diri bersama teman lelakinya.
Berikutan kejadian itu, suami wanita terbabit telah membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan lanjut.
Bukankeranaapaapa
Post a Comment