Home » » Jawapan Kenapa Kereta Viva Langgar Pesawat MAS

Jawapan Kenapa Kereta Viva Langgar Pesawat MAS

Written By Unknown on 16/05/2014 | 3:29 am

Kejadian tidak diduga kereta viva hilang kawalan lalu merempuh pesawat MH740 milik MAS menjadi perhatian orang ramai sepanjang hari ini.

Ramai menyifatkan kemalangan tersebut sebagai pelik dan tidak masuk akal. Ia berlaku di kawasan pemunggahan kargo MAS (Bay A2) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 8.50 pagi, Khamis.

Menurut sumber, insiden itu didakwa berpunca daripada kelalaian pemilik kereta berkenaan yang gagal menarik brek tangan atau handbrake dengan kemas sehingga menyebabkan ia bergerak sendiri tanpa disedari.

Bagaimanapun, kedua-dua kereta dan kapal terbang terbabit tidak mengalami sebarang kerosakan teruk, hanya kesan calar pada badan masing-masing akibat bergesel.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger