Home » , » Hudud: Wanita MCA Buat Laporan Polis Terhadap Pas

Hudud: Wanita MCA Buat Laporan Polis Terhadap Pas

Written By Unknown on 08/05/2014 | 11:24 pm

Hudud: Wanita MCA Buat Laporan Polis

Wanita MCA hari ini membuat laporan polis berhubung hasrat Pas membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian bagi melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Setiausaha Agungnya, Ooi Siew Kim berkata usul yang akan dibentangkan di Parlimen itu bakal menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama, seterusnya mengancam dan menjejaskan ketenteraman rakyat secara umum.

“Tindakan Pas ini telah mengakibatkan kerisauan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat terutamanya kaum wanita,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, kira-kira pukul 4 petang.

Semalam, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah berkata Kelantan bersedia membawa usul rang undang-undang persendirian di Parlimen selewat-lewatnya November ini.

Beliau berkata draf undang-undang itu telahpun siap dan majoriti rakyat bukan Islam di Kelantan turut menyokong pelaksanaan hukum hudud. – BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger