
Sepanjang kempen DAP di PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan menyaksikan DAP terus menegaskan pendirian mereka menentang sekeras-kerasnya perlaksanaan hudud PAS. Dalam masa yang sama PAS dengan jelas memahami kehendak sekutu kuat mereka dalam pakatan iaitu DAP.
Namun kita menjadi keliru dalam senario kedua-dua pilihanraya kecil ini. PAS telah membantu DAP dalam menjayakan kempen mereka sedangkan DAP menentang satu-satunya perjuangan PAS iaitu hudud. Kita seolah-olah menyaksikan drama lakonan kedua-dua belah pihak PAS dan DAP. Dalam keadaan mereka terlalu bertentangan matlamat namun mereka masih mampu melakonkan watak sekutu yang baik dalam memberikan sokongan dalam kempen DAP menentang hudud.
Walaupun DAP meletakkan calon Melayu Dyana Sofya sebagai “ujikaji” namun laungan menentang hudud tetap lantang disuarakan. Dan kita dapat lihat dengan jelas bahawa Dyana Sofya sekadar boneka “puppet” mainan Lim Kit Siang untuk menyakitkan hati UMNO dan orang Melayu. Selama ini suara menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu sebagai Tuan Tanah Melayu dinyanyikan oleh DAP yang berbangsa Cina. Namun demi untuk menyakitkan lagi hati orang Melayu maka mereka ini telah mencari anak Melayu yang sanggup menjadi penderhaka untuk melaungkan niat jahat mereka.
Berbalik kepada hudud, Nik Aziz Nik Mat kononnya yakin halangan terhadap pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan akan berakhir sedikit demi sedikit tidak lama lagi. Bersandarkan kepada apabila ikhtiar manusia terhadap sesuatu perkara itu sampai pada kemuncak, ALLAH SWT akan memberikan jalan keluar untuk mendapatkan penyelesaian. Kononnya masalah hudud merupakan masalah terakhir. Beliau yakin hudud tetap berjalan tanpa ada halangan.
Namun hakikat sebenarnya kita tahu bahawa DAP akan menentang habis-habisan pelaksanaan hudud. Memandangkan DAP merupakan parti yang terkuat di dalam pakatan pembangkang maka secara semulajadinya PAS akan tunduk kepada kehendak DAP demi merealisasikan cita-cita PAS menakluki Putrajaya.
Kita melihat PAS masih cuba bersandiwara dengan para penyokong mereka berkenaan hudud. Dalam keadaan mereka sedar bahawa “bos” mereka DAP menentang hudud mereka masih cuba memberi illusi palsu kononnya situasi semasa jelas menggambarkan halangan dihadapi Pas Kelantan dalam usaha melaksanakan hudud berjaya diselesaikan walaupun tidak secara menyeluruh.
Kononnya sekarang ramai dalam kalangan masyarakat Cina minat mengetahui hudud. Jika Umno tak mahu tak apa, tak boleh buat apa, halangan dari kanan, cari jalan ke kiri dan sebaliknya. Hakikatnya UMNO tidak menolak hudud yang bertentangan dengan Islam. Ironinya PAS sanggup menipu mengatakan masyarakat Cina minat mengetahui hudud walaupun DAP telah menegaskan mereka akan tetap menolak hudud walaupun calon mereka berbangsa Melayu.
Sepatutnya PAS sebagai sebuah parti Melayu bersama-sama dengan UMNO menjaga kepentingan dan kemuliaan agama Islam, bangsa Melayu dan negara. Kita sepatutnya bergabung dalam memastikan DAP tidak terus memecahbelahkan kita dan menjatuhkan maruah agama Islam secara berterusan. Sampai bila kita mahu membiarkan DAP sesuka hati cuba melaksanakan dasar “pecah” dan “perintah” orang Melayu sedangkan orang Melayu merupakan Tuan Tanah Melayu. Fikir-fikirkanlah.

Post a Comment